Tuesday, November 30, 2010
rumate kah mcm ni??
rasa mcm nk sepak rumate aku kluar bilik sebb 24 jam dok promote pakwe dia.. aku tgh dok tgk movie pon kna bukak earphone semata mata nk kna dgr dia gtau pakwe dia tu comey sgt mcm %&$$%%.. boleh naek sawan aku mcm ni!!! god, please aku nk rmate laen sem depan!!!!
jiWa yang bLuR
hehe..acteli nak test ja.aku dh lama xonline ni..tut2,bila online tekejut beruk aku (beruk pon tak tekejut mcm aku)..napa hampa suma undi aku weh.pecaya ka kat aku??memang la kome suma ni.tapi kalo ada penyakit MALAS tu tlongla paksa+kejut aku ek..wuwuwu T_T.papun,thanx coz caya kat aku walaupun org lain lebih layak..kan ..okla.xtaw nk oyak pa dh..papon,jago sek2 kito k..jgn pecoh belako..*muah
Sunday, November 28, 2010
PRESIDEN DAN JAWATAN SEWAKTU DENGANNYA
Presiden: fateen amirah
Timb presiden: aiman amalina
Setiausaha: fatin shah
Bendahari: nadiah baddrudin
MT aktiviti: athirah
MT perhubungan: azianti
MT protokol dan etika: sumaiyyah
terima kasih kepada semua ahli yang dah banyak memberi kerjasama sepanjang proses pilihanraya. maaf dari kami ahli SPR (naimah, nadiah, fatinshah) kalau ada mana mana kekurangan. dan maaf kalau selalu memenuhkan inbox message fb hampa semua..
di harap kepimpinan baru ni dapat memacu persatuan untuk mencapai objektif.
kerjasama dari semua ahli untuk membantu MT persatuan sangatlah dialu alukan..
kalau teringin nk buat apa2 aktiviti, nk buat reuneon, vacation ka apa, just tulis lt sini atau email kt ninetyone.degrees@yahoo.com insyaAllah, akan di beri perhatian. dan akan dirancang untuk semua ahli..
akhir kata; tahniah kepada MT persatuan dan good luck..
p/s: entry bawah ni ada portfolio MT, kalau berkelapangan, sila baca.. =D
Wassalam..
PORTFOLIO JAWATAN DALAM PERSATUAN
PRESIDEN
- Memberi pendapat dan pandangan terhadap semua isu.
- Mengetuai persatuan, ahli dan semua jawatan lain
- Membuat keputusan setelah berbincang dengan semua MT.
- Sedia memikul tanggungjawab MT lain.
- Mempertimbangkan semua keputusan.
- Back up MT lain dan semua ahli
TIMBALAN PRESIDEN
- Membantu presiden dalam semua portfolio dan hal persatuan
- Menjadi ketua dalam perbincangan sekiranya presiden tidak hadir.
- Menjadi tempat rujukan ahli persatuan.
- Back up MT lain dan semua ahli
- Mengemaskini blog
SETIAUSAHA
- Memberi pendapat dan pandangan terhadap semua isu.
- Mempunyai rekod semua aktiviti.
- Merekod semua maklumat terkini ahli persatuan.
- Mengupdate sebarang maklumat terkini di blog
- Menyediakan laporan lengkap persatuan dalam laporan agong persatuan.
BENDAHARI
- Memberi pendapat dan pandangan terhadap semua isu.
- Memegang wang persatuan.
- Menerima bayaran yuran persatuan.
- Membuat keputusa ke atas perbelanjaan duit persatuan.
- Menyediakan laporan lengkap perbelanjaan duit persatuan dalan laporan agung persatuan.
MT AKTIVITI
- Memberi pendapat dan pandangan terhadap semua isu.
- Merangka perancangan aktiviti untuk sepanjang program.
- Memilih pengarah untuk setiap program
- Memantau perjalanan aktiviti yang dijalankan.
MT PERHUBUNGAN
- Memberi pendapat dan pandangan terhadap semua isu.
- Memaklumkan kepada ahli sebarang aktiviti atau maklumat yang perlu disampaikan.
- Berhubung dengan ahli yang di perlukan.
- Mengemaskini semua maklumat ahli
- Menjadi tempat rujukan ahli untuk bertanya dan memberi pendapat.
MT ETIKA DAN PROTOKOL
- memberi pendapat dan pandangan terhadap semua isu.
- Membangkang atau membatalkan mana mana aktviti yang dijalankan sekiranya terdapat ketidaksesuaian kepada ahli kelab
- Memastikan tiada unsur unsur negative dalam sebarang aktiviti
- Mempertimbangkan semua aktiviti yang dijalankan
Saturday, November 27, 2010
oliday
Thursday, November 25, 2010
kawin muda d=)
otak kosong
Wednesday, November 24, 2010
*Wei post menatang ini di blog hostelite.yang diari tu*
stress tahap dead
Tuesday, November 23, 2010
update la woi!!
Monday, November 22, 2010
doktor 1
Cadangan Aktiviti
Thursday, November 18, 2010
electric..
pilihan raya!!!
Saturday, November 13, 2010
perlembagaan persatuan
bacalah untuk hak anda sebagai ahli persatuan dan panduan..
__________________________________________________________
PERLEMBAGAAN PERSATUAN
1. AHLI PERSATUAN
Semua pelajar SMK Sultanah Asma yang pernah menuntut di asrama sepanjang 2004 (tingkatan 1) hingga 2008 (tingkatan 5).
2. OBJEKTIF
2.1. Merapatkan hubungan antara ahli persatuan.
2.2. Menjalankan aktiviti bersama ahli kelab.
2.3. Mengemaskini maklumat ahli persatuan.
3. MISI
Membentuk sebuah persatuan yang mampu menjalinkan ukhwah antara ahli ahlinya tanpa sebarang unsur unsur negatif.
4. MAJLIS TERTINGGI
4.1 Semua majlis tertinggi yang di lantik adalah di pilih melalui pilihanraya setiap 2 tahun.
4.2 Pilihanraya di kendalikan oleh AJK SPR yang di pilih oleh Majlis Tertinggi pada penggal tersebut.
4.3 Pembubaran Majlis Teringgi untuk setiap penggal haruslah dalam masa 2 minggu selepas genap 2 tahun perlantikan mereka. (semasa pilihanraya penggal seterusnya dijalankan)
4.4 Pembubaran Majlis Tertinggi juga berlaku secara automatik apabila mendapat sokongan 3 per 4 ahli persatuan untuk di bubarkan pada bila bila masa.
4.5 Sebarang penambahan jawatan haruslah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi dan 1 per 2 ahli persatuan.
4.6 Penyalahgunaan kuasa Majlis Tertinggi akan menyebabkan individu yang terlibat di lucutkan jawatan dan Pilihan Raya akan di jalankan untuk menggantikan individu yang terlibat.
5. AKTIVITI
5.1 Semua aktiviti yang di cadangkan oleh ahli persatuan adalah menjadi tanggungjawab Majlis Tertinggi untuk membuat pertimbangan dan perancangan.
5.2 Kesemua aktiviti yang melanggar hukum Agama Islam, mempunyai unsur unsur negatif, tidak mempunyai jaminan keselamatan dan membahayakan adalah di haramkan dari di jalankan.
5.3 Kesemua aktiviti haruslah di sebarkan kepada kesemua ahli persatuan.
5.4 Kesemua aktiviti yang di sertai adalah tanggungjawab peserta sendiri. Sebarang kemalangan yang berlaku sepanjang aktiviti bukan di bawah tanggungjawab Majlis Tertinggi Program mahupun Majlis Tertinggi Persatuan.
5.5 Aktiviti yang di jalankan akan di uruskan oleh Majlis Tertinggi Program yang di lantik oleh Majlis Tertinggi Persatuan.
5.6 Semua ahli berhak untuk menyuarakan pandangan, komen, cadangan mahupun komplen terhadap aktiviti yang di jalankan.
5.7 Aktiviti yang di rancang akan serta merta terbatal sekiranya mendapat bantahan 3 per 4 ahli persatuan.
5.8 Penyertaan bukan ahli Persatuan dalam aktiviti yang di jalankan adalah di bawah keputusan 3 per 4 ahli ataupon suara majoriti Majlis Tertinggi Persatuan mahupun Majlis Tertinggi Program.
6. MAKLUMAT AHLI
6.1 Kesemua ahli haruslah memberi maklumat diri terkini kepada Setiausaha persatuan.
6.2 Sebarang perubahan maklumat diri, hendaklah di maklumkan kepada Setiausah Persatuan pada penggal tersebut.
6.3 Setiausaha yang merekod semua maklumat ahli adalah di larang dari menyebarkan maklumat ahli kepada mana mana pihak tanpa sebab tertentu dan hanya dengan persetujuan dari salah seorang Majlis Tertinggi.
6.4 Perubahan maklumat diri yang tidak di maklumkan bukan di bawah tanggungjawab Majlis Tertinggi Persatuan sekiranya ahli tersebut tidak mendapat sebaran sebarang maklumat terkini persatuan.
7. PERLEMBAGAAN PERSATUAN
7.1 Sebarang perkara perlembagaan adalah boleh di ubah mengikut masa dan kesesuaian hanya dengan persetujuan 3 per 4 ahli persatuan.
7.2 Pelanggaran perlembagaan adalah menjadi satu kesalahan.
7.3 Sebarang tindakan yang di ambil haruslah di rujuk pada perlembagaan sebagai garis panduan.
7.4 Kesemua bantahan haruslah di rujuk kepada perlembagaan sebelum di jalankan.
7.5 Perlembagaan merupakan rujukan Majlis Tertinggi setiap penggal untuk mentadbir persatuan. Dan menjadi kesalahan sekiranya Majlis Tertinggi melanggar perlembagaan dalam membuat sebarang keputusan.
8. YURAN PERSATUAN
8.1 Yuran persatuan adalah menjadi tanggungjawab Majlis Tertinggi penggal tersebut untuk membuat keputusan setelah mendapat cadangan dan persetujuan kesemua ahli persatuan.
8.2 Cara pembayaran akan di maklumkan oleh Bendahari Persatuan kepada ahli.
8.3 Sebarang bantahan yuran persatuan haruslah mendapat sokongan 3 per 4 ahli persatuan.
8.4 Kesemua wang milik persatuan hanya boleh di gunakan untuk kegunaan ahli persatuan sahaja. Sebarang penyelewengan yang berlaku akan di pertanggungjawabkan oleh bendahari persatuan.
8.5 Yuran yang harus di bayar tidak boleh menjadi bebanan kepada ahli Persatuan.
8.6 Menjadi tanggungjawab Majlis Tertinggi penggal tersebut untuk membuat keputusan untuk mengambil tindakan kepada ahli yang tidak membuat pembayaran yuran.
9. LAPORAN AGUNG PENGGAL
9.1 Seminggu sebelum Majlis Tertinggi penggal tersebut meletakkan jawatan adalah di wajibkan untuk membuat Laporan Agung sepanjang penggal yang di tadbir untuk pengetahuan semua ahli persatuan, samada melalui blog persatuan mahupun apa apa cara yang di pilih oleh Majlis Tertinggi.
9.2 Laporan tersebut haruslah mengandungi
9.2.1 Laporan kewangan; wang keluar dan masuk sepanjan penggal yang di tadbir.
9.2.2 Laporan senarai aktiviti yang di jalankan sepanjang penggal yang di tadbir.
9.2.3. Portfolio setiap Majlis Tertinggi yang telah di laksanakan sepanjang penggal yang di tadbir.
9.3 Setiap ahli Persatuan berhak bertanya sebarang kemusykilan terhadapa laporan yang di bentang.
9.4 Majlis Tertinggi di larang sama sekali untuk menyembunyikan sebarang maklumat aktiviti dan wang keluar masok persatuan dari pengetahuan ahli dalam Laporan Agung Penggal.
10. PEMBUBARAN PERSATUAN
Permbubaran Persatuan hanya berlaku sekiranya mendapat sokongan 3 per 4 ahli persatuan dan Majlis Tertinggi Persatuan penggal tersebut.
FIRST START~
Friday, November 12, 2010
FUNGSI BLOG
fungsi blog ni bukanlah tempat kami MT persatuan untuk bebel2..
dan bukan jugak untuk kami sekadar tulis benda ntah apa2..
sebb kat sini, kami akan cuba update, upcoming event dan sebagainya..
kt fb pon akan di update dan invite jugak...
dan blog ni jugak akan jadi diary untuk kita smua...
post dari smua orang amatlah di sarankan...
memandangkan kami x boleh nk invite smua untuk jadi writer kt sni,
sesiapa yg nk update apa2 kt sini,
ada 2 cara:
1) isi form dekat bawah sekali dalam blog ni..
(scroll sampai ke bawah sekali, kata laluan tu yg dah di hantar kf fb hampa semua)
klau kata laluan x match, post tu xkan di publish sebb takot klau orang tu bukan di kalangan ahli..
2) message dekat fb NAIMAH MOHAMAD.. full text yg nk post..
xdak limit berapa panjang.. tulis lah 3000 perkataan pon klau larat..
klau nk upload picture jugak; pon boleh...
_______________________________________________
contoh 1;
dari: cik siti
semalam aku dah dapat dean list!! hebat kan???? so balajalah rajin2, dan jadi mcm aku, ulat buku.. yeay!!!
contoh 2:
dari: ecah
minggu depan aku nk kahwin.. jemput semua datang.. datang sorang2 jek, jangan ramai2, nnti x cukop nasi.. mak aku budget 500 jek... pakai jangan cantik sangat, nnti bkal laki aku ushar.. sapa nk mai, message aku... nnti aku simpan bunga telur... trima kaseh...
contoh 3:
dari: jenab
minggu depan aku nk fly pegi korea dah.. klau nk jumpe aku buat kali terakhir di malaysia, silalah datang klia nnti.. 12/12/2010, jam 5.00 pagi...
klau nk pesan sign lee min ho, insyAllah aku cube ye.. tapi klau nk pesan min ho dari group shinee, jgn harap lah yer.. hehehe...
klau nk pesan cd korea pon boleh, nnti message kt fb, aku bli ori dari korea punya.. tapi jangan lupa bayar suda.. sepanjang pemergian aku, tolonglah tengok tengokkan mak, ayah aku yer..
akhir kata; doakan aku supaya berjaya dalam bidang yg aku blaja, dan mencapai cita cita untuk berlakon dalam boys over flower 2.. ok.. tadaaaa..
___________________________________________
smua message yg hampa hantar dekat fb aku insyaAllah aku akan update secepat yg mungkin..
ni blog kita bersama, bukan hak milik individu tertentu..
dan kat sini juga tempat kita nk buat hebahan berita apa2..
ok, di harap semua orang selalu lah masok url ni...
silalah follow (kat bottom of the blog),
atau bookmark kan url ni, supaya sentiasa di kunjungi..
sesiapa ada blog bolehlah tinggalkan url kt sni (komen kt bawah)..
untuk di letak kt gadget tepi ni..
supaya smua orang pon buleh baca..
sekian,
wassalam...