Sunday, November 28, 2010

PORTFOLIO JAWATAN DALAM PERSATUAN

portfolio ni penting untuk hampa semua tau sapa yang bertanggungjawab untuk mna2 bahagian..
porfolio ni boleh di ubah ikot MT penggal tersebut.
lepas ni di harap maklum dengan tugas tugas MT.

PRESIDEN

- Memberi pendapat dan pandangan terhadap semua isu.

- Mengetuai persatuan, ahli dan semua jawatan lain

- Membuat keputusan setelah berbincang dengan semua MT.

- Sedia memikul tanggungjawab MT lain.

- Mempertimbangkan semua keputusan.

- Back up MT lain dan semua ahli

TIMBALAN PRESIDEN

- Membantu presiden dalam semua portfolio dan hal persatuan

- Menjadi ketua dalam perbincangan sekiranya presiden tidak hadir.

- Menjadi tempat rujukan ahli persatuan.

- Back up MT lain dan semua ahli

- Mengemaskini blog

SETIAUSAHA

- Memberi pendapat dan pandangan terhadap semua isu.

- Mempunyai rekod semua aktiviti.

- Merekod semua maklumat terkini ahli persatuan.

- Mengupdate sebarang maklumat terkini di blog

- Menyediakan laporan lengkap persatuan dalam laporan agong persatuan.

BENDAHARI

- Memberi pendapat dan pandangan terhadap semua isu.

- Memegang wang persatuan.

- Menerima bayaran yuran persatuan.

- Membuat keputusa ke atas perbelanjaan duit persatuan.

- Menyediakan laporan lengkap perbelanjaan duit persatuan dalan laporan agung persatuan.

MT AKTIVITI

- Memberi pendapat dan pandangan terhadap semua isu.

- Merangka perancangan aktiviti untuk sepanjang program.

- Memilih pengarah untuk setiap program

- Memantau perjalanan aktiviti yang dijalankan.

MT PERHUBUNGAN

- Memberi pendapat dan pandangan terhadap semua isu.

- Memaklumkan kepada ahli sebarang aktiviti atau maklumat yang perlu disampaikan.

- Berhubung dengan ahli yang di perlukan.

- Mengemaskini semua maklumat ahli

- Menjadi tempat rujukan ahli untuk bertanya dan memberi pendapat.

MT ETIKA DAN PROTOKOL

- memberi pendapat dan pandangan terhadap semua isu.

- Membangkang atau membatalkan mana mana aktviti yang dijalankan sekiranya terdapat ketidaksesuaian kepada ahli kelab

- Memastikan tiada unsur unsur negative dalam sebarang aktiviti

- Mempertimbangkan semua aktiviti yang dijalankan


No comments: