Saturday, November 13, 2010

perlembagaan persatuan

bacalah untuk hak anda sebagai ahli persatuan dan panduan..

__________________________________________________________

PERLEMBAGAAN PERSATUAN


1. AHLI PERSATUAN

Semua pelajar SMK Sultanah Asma yang pernah menuntut di asrama sepanjang 2004 (tingkatan 1) hingga 2008 (tingkatan 5).


2. OBJEKTIF

2.1. Merapatkan hubungan antara ahli persatuan.

2.2. Menjalankan aktiviti bersama ahli kelab.

2.3. Mengemaskini maklumat ahli persatuan.


3. MISI

Membentuk sebuah persatuan yang mampu menjalinkan ukhwah antara ahli ahlinya tanpa sebarang unsur unsur negatif.


4. MAJLIS TERTINGGI

4.1 Semua majlis tertinggi yang di lantik adalah di pilih melalui pilihanraya setiap 2 tahun.

4.2 Pilihanraya di kendalikan oleh AJK SPR yang di pilih oleh Majlis Tertinggi pada penggal tersebut.

4.3 Pembubaran Majlis Teringgi untuk setiap penggal haruslah dalam masa 2 minggu selepas genap 2 tahun perlantikan mereka. (semasa pilihanraya penggal seterusnya dijalankan)

4.4 Pembubaran Majlis Tertinggi juga berlaku secara automatik apabila mendapat sokongan 3 per 4 ahli persatuan untuk di bubarkan pada bila bila masa.

4.5 Sebarang penambahan jawatan haruslah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi dan 1 per 2 ahli persatuan.

4.6 Penyalahgunaan kuasa Majlis Tertinggi akan menyebabkan individu yang terlibat di lucutkan jawatan dan Pilihan Raya akan di jalankan untuk menggantikan individu yang terlibat.


5. AKTIVITI

5.1 Semua aktiviti yang di cadangkan oleh ahli persatuan adalah menjadi tanggungjawab Majlis Tertinggi untuk membuat pertimbangan dan perancangan.

5.2 Kesemua aktiviti yang melanggar hukum Agama Islam, mempunyai unsur unsur negatif, tidak mempunyai jaminan keselamatan dan membahayakan adalah di haramkan dari di jalankan.

5.3 Kesemua aktiviti haruslah di sebarkan kepada kesemua ahli persatuan.

5.4 Kesemua aktiviti yang di sertai adalah tanggungjawab peserta sendiri. Sebarang kemalangan yang berlaku sepanjang aktiviti bukan di bawah tanggungjawab Majlis Tertinggi Program mahupun Majlis Tertinggi Persatuan.

5.5 Aktiviti yang di jalankan akan di uruskan oleh Majlis Tertinggi Program yang di lantik oleh Majlis Tertinggi Persatuan.

5.6 Semua ahli berhak untuk menyuarakan pandangan, komen, cadangan mahupun komplen terhadap aktiviti yang di jalankan.

5.7 Aktiviti yang di rancang akan serta merta terbatal sekiranya mendapat bantahan 3 per 4 ahli persatuan.

5.8 Penyertaan bukan ahli Persatuan dalam aktiviti yang di jalankan adalah di bawah keputusan 3 per 4 ahli ataupon suara majoriti Majlis Tertinggi Persatuan mahupun Majlis Tertinggi Program.


6. MAKLUMAT AHLI

6.1 Kesemua ahli haruslah memberi maklumat diri terkini kepada Setiausaha persatuan.

6.2 Sebarang perubahan maklumat diri, hendaklah di maklumkan kepada Setiausah Persatuan pada penggal tersebut.

6.3 Setiausaha yang merekod semua maklumat ahli adalah di larang dari menyebarkan maklumat ahli kepada mana mana pihak tanpa sebab tertentu dan hanya dengan persetujuan dari salah seorang Majlis Tertinggi.

6.4 Perubahan maklumat diri yang tidak di maklumkan bukan di bawah tanggungjawab Majlis Tertinggi Persatuan sekiranya ahli tersebut tidak mendapat sebaran sebarang maklumat terkini persatuan.


7. PERLEMBAGAAN PERSATUAN

7.1 Sebarang perkara perlembagaan adalah boleh di ubah mengikut masa dan kesesuaian hanya dengan persetujuan 3 per 4 ahli persatuan.

7.2 Pelanggaran perlembagaan adalah menjadi satu kesalahan.

7.3 Sebarang tindakan yang di ambil haruslah di rujuk pada perlembagaan sebagai garis panduan.

7.4 Kesemua bantahan haruslah di rujuk kepada perlembagaan sebelum di jalankan.

7.5 Perlembagaan merupakan rujukan Majlis Tertinggi setiap penggal untuk mentadbir persatuan. Dan menjadi kesalahan sekiranya Majlis Tertinggi melanggar perlembagaan dalam membuat sebarang keputusan.


8. YURAN PERSATUAN

8.1 Yuran persatuan adalah menjadi tanggungjawab Majlis Tertinggi penggal tersebut untuk membuat keputusan setelah mendapat cadangan dan persetujuan kesemua ahli persatuan.

8.2 Cara pembayaran akan di maklumkan oleh Bendahari Persatuan kepada ahli.

8.3 Sebarang bantahan yuran persatuan haruslah mendapat sokongan 3 per 4 ahli persatuan.

8.4 Kesemua wang milik persatuan hanya boleh di gunakan untuk kegunaan ahli persatuan sahaja. Sebarang penyelewengan yang berlaku akan di pertanggungjawabkan oleh bendahari persatuan.

8.5 Yuran yang harus di bayar tidak boleh menjadi bebanan kepada ahli Persatuan.

8.6 Menjadi tanggungjawab Majlis Tertinggi penggal tersebut untuk membuat keputusan untuk mengambil tindakan kepada ahli yang tidak membuat pembayaran yuran.


9. LAPORAN AGUNG PENGGAL

9.1 Seminggu sebelum Majlis Tertinggi penggal tersebut meletakkan jawatan adalah di wajibkan untuk membuat Laporan Agung sepanjang penggal yang di tadbir untuk pengetahuan semua ahli persatuan, samada melalui blog persatuan mahupun apa apa cara yang di pilih oleh Majlis Tertinggi.

9.2 Laporan tersebut haruslah mengandungi

9.2.1 Laporan kewangan; wang keluar dan masuk sepanjan penggal yang di tadbir.

9.2.2 Laporan senarai aktiviti yang di jalankan sepanjang penggal yang di tadbir.

9.2.3. Portfolio setiap Majlis Tertinggi yang telah di laksanakan sepanjang penggal yang di tadbir.

9.3 Setiap ahli Persatuan berhak bertanya sebarang kemusykilan terhadapa laporan yang di bentang.

9.4 Majlis Tertinggi di larang sama sekali untuk menyembunyikan sebarang maklumat aktiviti dan wang keluar masok persatuan dari pengetahuan ahli dalam Laporan Agung Penggal.


10. PEMBUBARAN PERSATUAN

Permbubaran Persatuan hanya berlaku sekiranya mendapat sokongan 3 per 4 ahli persatuan dan Majlis Tertinggi Persatuan penggal tersebut.

No comments: