Thursday, November 8, 2012

you and me

assalamualaikum..
kali ni rasa macam nak update something kat sini..
:D

okay2..last weekend, aku and ahli kelab aku, buat satu lebih kurang macam khidmat pendidikan dekat 'Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Segamat (PKAYIS)'
tu rumah anak yatim..
ni 2nd year kelab aku buat program kat situ..
nama program ni: You and Me 

tahun lepas kami2 buat, pelajar paling kecik kat situ umur 11 tahun..
tahun ni bila sampai sana, tengok2 ada student darjah 2 dan 3..
aku sentap btoi tengok..
darjah 2 dah duduk asrama????
dulu masa kita darjah 2 buat apa?
berseronok kat rumah, tengok katon..
makan pon ada yang mak suapkan lagi...

hurm...
dahla kecik betol adik tu..
Nazatul Nasuha nama dia..
kakak dia pon ddok kt rumah anak yatim tu jugak..
darjah 3..
so, depa la yang paling kecik kat situ...

paling touching sekali,
bila dia nak iron baju sekolah..
biasala dah pendek kan...
masa nak iron kt hujung2 baju tu,
baju nak gelongsor jatuh dari iron board...'
dia tahan guna dagu kot...

pastu, 2nd day kat situ,
asrama tu ada jemputan majlis kahwin..
so tuan rumah tu pun jemput sekali la kami2 yang memang ada kat rumah anak yatim tu..
naek bas pi sana...
nazatul nasuha tu duduk sebelah aku...

lepas habis kenduri tu,
anak anak yatim ni dapat goodies bag..
dia tengok aku n fasi2 yang x dapat, 
dia bukak goodies bag tu, bahagi2 makanan kt dalam tu untuk kami...
seriously, masa 8 tahun aku mmg ssh la kot nak kongsi benda2 best yang aku dapat..
tambah2 dengan orang yang aku x kenal...

memang kagum sangat ngan dia...

masa nak balik tu,
kami salam ngan students kat situ..
aku peluk kakak dia yang umur 9 tahun tu..
aku bisik,
"jaga adik elok elok.."
terlupa pulak aku, yang si kakak tu pun kenit lagi..
tak tau apa2...
hurmmm...

perkongsian kat sini..
sangat banyak orang yang less fortunate dari kita...
kecik2 dlu even kalau kita tak hidup semewah mana.
tapi balik sekolah ada yang ambik tau apa yang belajaq hari ni, baju dah di sedia, pi sekolah ada iringan doa dari mak ayah...
tapi depa2 tu, tambah2 yang kecik lagi memang sangat sedih...
so, maybe perlu take 5, panjatkan syukur apa yang pernah kita ada..
Alhamdulillah...

itu ja yang aku nak kongsi..
bye2 semua....


sayang semua... #91Degrees

Wednesday, November 7, 2012

new! new! new!

Hai semua..
kali ni nak update pasal rupa blog yang dah baru ni..
lebih bersih dan ceria sikit.. mungkin..
sapa sapa yang nak tulis tu, boleh la (untuk kali 200 kali nya) bagi email kt aku untuk di invite jadi writer...

so di harap lebih banyak la benda2 yang kita boleh share kat sini kan3..
sempena perayaan deepavali ni aku menyusun 10 jari nak ucapkan selamat cuti midsem kat students mana2 yang cuti tu...
so, enjoy lah cuti2 kita semua...
:D

moh ler kita semua bergebang kat sini..
muehehe.. 
sayang semua...