bismillahirrohmanirrohimmmmmmm
aku rasa entri ni akan panjang. akan okay akan. lagi satu, sila sediakan tisu di sebelah anda tak kira la sebelah kiri atau sebelah kanan. up to you laaaah
aku hidup dalam kenangan. kenangan tu hidup aku. aku rasa tanpa kenangan aku ni lifeless. paham dak? err kalo tak paham macam ni lah aku pahamkan.
misalannya la kan, aku tengok water cooler dan secara otomatiknya aku akan teringat water cooler depan study room. sebab nya almost everyday aku akan bancuh coffeemix dengan ayaq panaih. dan selalunya dua kali aku bancuh. prep petang dan prep tengah malam. haaaa paham dah kan? tapi kau konpius part mana yang kenangan aku. water cooler kah? coffemix kah? yaq panaih kah? okay takpaham lagi?
okay chill,chill aku bagi contoh lain plak.dont gabra nehi.
lagi satu, bila tengok hamper hadiah mesti teringat nadiah. dia sanggup menggadaikan kaki dia untuk merentas desa sebab nak bagi dapat hamper.hamper tu buleh makan ramai- ramai satu form. hangpa ingat dakkk?? walaupun dia dapat hamper kecik ja, tapi cukuplah untuk kita- kita.ada kot yang takdan nak makan hamper tu. ya la, maybe hangpa bukan geng lepak studyroom atau mungkin hangpa teruih lena krooh krooh lepaih merentas desa tu. next year, next year tu dah takdapat hamper. sedih nadiah sebab takdapat buat kenduri hamper.
paihtu kannn hangpa ingat dak acara tahunan kita idea by raihahn a.k.a bebeh? sumpah aku tak hengat nama dia apa. malam seribu kenangan ka? malam err errr aku tak hengatttt!! ada orang kata tu kenduri arwah.perhh bengkek plus bernanah telinga gua dengaq. padahal malam tu la kita bermaafan, meluah perasaan dll. ni lagi satu aku tak ingat.apa agenda malam tu ntah? tapi kita ada agenda tukaq- tukaq kad antara semua orang.
ni ni paham dak lagi yang aku dok kata aku hidup dalam kenangan? ada lagi misalan aku nak bagitau.
hari tu ada la sekali aku p jenguk asrama kita tu. first nampak apaaa? mestilah studyroom (abaikan pondok guard dan ofis asrama)terusan gue ingatin setiap kali dengaq bunyinya si kancil ponponpon dak pun bunyi lori pakteh terus bergegas bawah meja, bawah skirting kuning tu la maksud aku. tak pun, amek tudung tiga segi diletakkan di kepala. sekali sir ku jengoi kepala baru tahwan sekoq- sekoq. memoir oh memoir.
ini kenangan yang suka dok studyroom time hari jumaat lepaih morning run atau lepak studyroom bila hujung minggu ja.
ada yang sponsor biskut patsagi bergula atau tidak bergula. ada yang sponsor nutella yang delicius itu. pijat selalu jadi pen-sponsor nutella. then ,kita makan ramai- ramaiiiiii. paihtu ustazah datang dan kita pun berkejaran dalam studyroom sebab tak pakai tudung.sumopah ingat lagi pakat terkodek- kodek masuk bawah skirting.
hidup kak block B lagi la kenangan.
petang- petang terpaksa tayang body kat pak leh. ha la kami kan dari toilet nak p mandi kat kolah tu kan ada ruang sikit tu. yang dok block A mana tau kan. sep sikit sapa dok amanah ehhh sapa dok block B. padahal kan bleh ja tutup kepala pakai towel.
hari jumaat kan ada gotong- royong kamar. amanah cuci kolah,jujur koridor, ikhlas toilet,setia ampaian. kenangan tang ni adalah cuci kolah. mesti before basuh tu kita swimming kuak liuk lentang dulu kan. dan seround ka dua round baru cuci daki- daki kolah tu. block A ada macam ni?
actuallynya kan banyak lagi. banyak sangat sangat sangat. tapi lain kali lagi la aku story- mory sebab esok kan nak bangun soq.
aku suka bila sorang bestfriend aku cakap macam ni. AKU TAKKAN ADA ISTILAH BESTFRIEND LEPAIH DARI SEKOLAH. tu kata- kata dia bila masuk u la. aku agree sangat tapi aku kena edit sikit. aku punya version AKU TAKDA BESTFRIEND LEPAIH ZAMAN PLKN DAN ZAMAN MATRIK PILAH. sumpah takada kawan yang best macam asmarians dan k0pa(ingat dak aku pindah?)
apa cerita anda? hantarkan ke alamat yang tertera di kaca tivi anda. oh yaa, sebenaqnya ramai yang terlibat dalam kenangan aku. jangan la expect untuk aku habaq kesemuanya mau luruh jari jemari aku sat g. apa yang buleh hangpa buat adalah request entri baru.
hehe bajetttt!
hidup dalam kenangan adalah aku. terima kasih kenangan
1 comment:
Malam ambang bintang.cik tom kata ajaran sesat.hehe
Post a Comment