Monday, December 3, 2012

hello....hello...hello...
eh..lebih baik assalamualaikum...
hehehe...sementara aku xdk kja n xbz ni
meh aku conteng2 skit..test2 skit...hehe
aku just nk promote blog aku..
kemon2...jom usha2 blog aku..
utk sementara wktu ni awai lgi la..
xdk papa....
tp nnti aku update lg..spa y bminat sal sugar glider...
nnti aku story mory sal anak aku 2

hehe..rajin2 la kunjung ya...
azieazianti@blogspot.com

bye..muahh2!!

Thursday, November 8, 2012

you and me

assalamualaikum..
kali ni rasa macam nak update something kat sini..
:D

okay2..last weekend, aku and ahli kelab aku, buat satu lebih kurang macam khidmat pendidikan dekat 'Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Segamat (PKAYIS)'
tu rumah anak yatim..
ni 2nd year kelab aku buat program kat situ..
nama program ni: You and Me 

tahun lepas kami2 buat, pelajar paling kecik kat situ umur 11 tahun..
tahun ni bila sampai sana, tengok2 ada student darjah 2 dan 3..
aku sentap btoi tengok..
darjah 2 dah duduk asrama????
dulu masa kita darjah 2 buat apa?
berseronok kat rumah, tengok katon..
makan pon ada yang mak suapkan lagi...

hurm...
dahla kecik betol adik tu..
Nazatul Nasuha nama dia..
kakak dia pon ddok kt rumah anak yatim tu jugak..
darjah 3..
so, depa la yang paling kecik kat situ...

paling touching sekali,
bila dia nak iron baju sekolah..
biasala dah pendek kan...
masa nak iron kt hujung2 baju tu,
baju nak gelongsor jatuh dari iron board...'
dia tahan guna dagu kot...

pastu, 2nd day kat situ,
asrama tu ada jemputan majlis kahwin..
so tuan rumah tu pun jemput sekali la kami2 yang memang ada kat rumah anak yatim tu..
naek bas pi sana...
nazatul nasuha tu duduk sebelah aku...

lepas habis kenduri tu,
anak anak yatim ni dapat goodies bag..
dia tengok aku n fasi2 yang x dapat, 
dia bukak goodies bag tu, bahagi2 makanan kt dalam tu untuk kami...
seriously, masa 8 tahun aku mmg ssh la kot nak kongsi benda2 best yang aku dapat..
tambah2 dengan orang yang aku x kenal...

memang kagum sangat ngan dia...

masa nak balik tu,
kami salam ngan students kat situ..
aku peluk kakak dia yang umur 9 tahun tu..
aku bisik,
"jaga adik elok elok.."
terlupa pulak aku, yang si kakak tu pun kenit lagi..
tak tau apa2...
hurmmm...

perkongsian kat sini..
sangat banyak orang yang less fortunate dari kita...
kecik2 dlu even kalau kita tak hidup semewah mana.
tapi balik sekolah ada yang ambik tau apa yang belajaq hari ni, baju dah di sedia, pi sekolah ada iringan doa dari mak ayah...
tapi depa2 tu, tambah2 yang kecik lagi memang sangat sedih...
so, maybe perlu take 5, panjatkan syukur apa yang pernah kita ada..
Alhamdulillah...

itu ja yang aku nak kongsi..
bye2 semua....


sayang semua... #91Degrees

Wednesday, November 7, 2012

new! new! new!

Hai semua..
kali ni nak update pasal rupa blog yang dah baru ni..
lebih bersih dan ceria sikit.. mungkin..
sapa sapa yang nak tulis tu, boleh la (untuk kali 200 kali nya) bagi email kt aku untuk di invite jadi writer...

so di harap lebih banyak la benda2 yang kita boleh share kat sini kan3..
sempena perayaan deepavali ni aku menyusun 10 jari nak ucapkan selamat cuti midsem kat students mana2 yang cuti tu...
so, enjoy lah cuti2 kita semua...
:D

moh ler kita semua bergebang kat sini..
muehehe.. 
sayang semua...       

Saturday, August 11, 2012

under construction

Assalamualaikum Untuk pengetahuan semua,blog ini dalam penambahbaikan dan kemaskini. So agak bsepah.. Hehe Dan sangat di harapkan lebih ramai yang berminat untuk jd penulis dekat sini. Just bg aku email hampa.. Boleh msg kt henfon 01759754--, xpn email aku naema_91@yahoo.com. Pon boleh klau nk pm kt fb.. Bg nma n email shaja.. InsyaAllah, akan di invite scepat mungkin.. Untuk penulis2, klau boleh tulis kt awal atau akhir entry , nma anda.. Sebb kita ada beberapa yg menulis kt sni.. So kita boleh tau sapa yg tulis entry tu.. =) Semoga banyak perkongsian boleh di buat kat sini.. =) Salam Ramadhan buat sahabat sahabat, Naimah Mohamad..

Tuesday, July 24, 2012

banyak cerita nak cerita !

bismillahirrohmanirrohimmmmmmm 

aku rasa entri ni akan panjang. akan okay akan. lagi satu, sila sediakan tisu di sebelah anda tak kira la sebelah kiri atau sebelah kanan. up to you laaaah

aku hidup dalam kenangan. kenangan tu hidup aku. aku rasa tanpa kenangan aku ni lifeless. paham dak? err kalo tak paham macam ni lah aku pahamkan.

misalannya la kan, aku tengok water cooler dan secara otomatiknya aku akan teringat water cooler depan study room. sebab nya almost everyday aku akan bancuh coffeemix dengan ayaq panaih. dan selalunya dua kali aku bancuh. prep petang dan prep tengah malam. haaaa paham dah kan? tapi kau konpius part mana yang kenangan aku. water cooler kah? coffemix kah? yaq panaih kah? okay takpaham lagi?

okay chill,chill aku bagi contoh lain plak.dont gabra nehi.

lagi satu, bila tengok hamper hadiah mesti teringat nadiah. dia sanggup menggadaikan kaki dia untuk merentas desa sebab nak bagi dapat hamper.hamper tu buleh makan ramai- ramai satu form. hangpa ingat dakkk?? walaupun dia dapat hamper kecik ja, tapi cukuplah untuk kita- kita.ada kot yang takdan nak makan hamper tu. ya la, maybe hangpa bukan geng lepak studyroom atau mungkin hangpa teruih lena krooh krooh lepaih merentas desa tu. next year, next year tu dah takdapat hamper. sedih nadiah sebab takdapat buat kenduri hamper.

paihtu kannn hangpa ingat dak acara tahunan kita idea by raihahn a.k.a bebeh? sumpah aku tak hengat nama dia apa. malam seribu kenangan ka? malam err errr aku tak hengatttt!! ada orang kata tu kenduri arwah.perhh bengkek plus bernanah telinga gua dengaq. padahal malam tu la kita bermaafan, meluah perasaan dll. ni lagi satu aku tak ingat.apa agenda malam tu ntah? tapi kita ada agenda tukaq- tukaq kad antara semua orang.

ni ni paham dak lagi yang aku dok kata aku hidup dalam kenangan? ada lagi misalan aku nak bagitau.

hari tu ada la sekali aku p jenguk asrama kita tu. first nampak apaaa? mestilah studyroom (abaikan pondok guard dan ofis asrama)terusan gue ingatin setiap kali dengaq bunyinya si kancil ponponpon dak pun bunyi lori pakteh terus bergegas bawah meja, bawah skirting kuning tu la maksud aku. tak pun, amek tudung tiga segi diletakkan di kepala. sekali sir ku jengoi kepala baru tahwan sekoq- sekoq. memoir oh memoir.

ini kenangan yang suka dok studyroom time hari jumaat lepaih morning run atau lepak studyroom bila hujung minggu ja.


ada yang sponsor biskut patsagi bergula atau tidak bergula. ada yang sponsor nutella yang delicius itu. pijat selalu jadi pen-sponsor nutella. then ,kita makan ramai- ramaiiiiii. paihtu ustazah datang dan kita pun berkejaran dalam studyroom sebab tak pakai tudung.sumopah ingat lagi pakat terkodek- kodek masuk bawah skirting.

hidup kak block B lagi la kenangan.

petang- petang terpaksa tayang body kat pak leh. ha la kami kan dari toilet nak p mandi kat kolah tu kan ada ruang sikit tu. yang dok block A mana tau kan. sep sikit sapa dok amanah ehhh sapa dok block B. padahal kan bleh ja tutup kepala pakai towel.

hari jumaat kan ada gotong- royong kamar. amanah cuci kolah,jujur koridor, ikhlas toilet,setia ampaian. kenangan tang ni adalah cuci kolah. mesti before basuh tu kita swimming kuak liuk lentang dulu kan. dan seround ka dua round baru cuci daki- daki kolah tu. block A ada macam ni?


actuallynya kan banyak lagi. banyak sangat sangat sangat. tapi lain kali lagi la aku story- mory sebab esok kan nak bangun soq.

aku suka bila sorang bestfriend aku cakap macam ni. AKU TAKKAN ADA ISTILAH BESTFRIEND LEPAIH DARI SEKOLAH. tu kata- kata dia bila masuk u la. aku agree sangat tapi aku kena edit sikit. aku punya version AKU TAKDA BESTFRIEND LEPAIH ZAMAN PLKN DAN ZAMAN MATRIK PILAH. sumpah takada kawan yang best macam asmarians dan k0pa(ingat dak aku pindah?)

apa cerita anda? hantarkan ke alamat yang tertera di kaca tivi anda. oh yaa, sebenaqnya ramai yang terlibat dalam kenangan aku. jangan la expect untuk aku habaq kesemuanya mau luruh jari jemari aku sat g. apa yang buleh hangpa buat adalah request entri baru.
hehe bajetttt!

hidup dalam kenangan adalah aku. terima kasih kenangan

Sunday, December 18, 2011

kau sama aku pun sama

sama- sama hilang kata, tak cakap
sama- sama paling belakang
sama- sama buat tak kenal
sama- sama tak endah kau, aku
sama- sama terasa
sama-sama merasa
sama- sama salah menyalah
mungkin aku atau mungkin kau?
tiada apa, kosong
kau aku sama saja
mahu tunjuk ego
tinggi kau, tinggi lagi aku
tinggi aku, tinggi lagi kau
kita lihat tengok nanti
siapa di sini
siapa di depan
siapa di belakang

kawan, ayuh sama- sama kita bersatu, hilangkan hasutan syaitan yang bikin runtuhnya persahabatan kita


p/s: tiada kena- mengena makhluk tuhan di sini. ini apa yang lalui dalam persekitaran aku. kawan tdoq, gelak, sembang, makan, gosip, jalan p class hilang tiba- tiba. mungkin ada salah aku tapi aku taktau. sumpah aku taktau !. tolong cakap atau kasi hint at least supaya aku boleh betulkan apa yang salah, apa yang tak kena di mata hati kau. sakit mata, telinga, hati, mulut, tangan semua la bila hang depan mata tapi tiada kata sepetrti selalu. ya allah, sedih gila


sumber : dari blog sendiri

Tuesday, August 2, 2011

program khidmat masyarakat, UTM..


currently baru habes program khidmat masyarakat...
dekat sungai siput utara, perak..
thousands knowledges and experiences yang dapat..
sakit, nanges, ketawa smua ada...

bukan senang nk handle sebuah program melibatkan org luar,
(walaupun aku bukan pengarah, cuma ketua unit)
dengan belanjawan bawah RM10,000 dan melibatkan datuk datin yang macam2 songeh..
(VVIP lah katakan)

pengalaman dapat ayah angkat tiri 5 hari,
pancitkan tayar motor family angkat sampai 2 kali..
keluar rumah pagi2, balik pukol 12 malam sebb schedule full packed..
layan keluarga angkat mcm ddk kt hotel je..
tapi depa baek sangat..
dem! i'm a bad girl...

antara aktiviti 5 hari dekat kampung:
melawat maahad
kenalli desa
lawatan industri
bersamamu (aku ketua unit)
malam kebudayaan
khidmat pendidikan
kenduri sekampung
tahlil
ceramah agama
melawat rumah anak yatim
senam robik
sukaneka
makan durian ramai2
majlis penutup

mak angkat basuhkan, sidaikan, iron kan, lipatkan baju..
prepare breakfast pagi2 buta..

siapkan blikan baju raya sepasang.. (nice kan??)

Alhamdulillah, semuanya tamat..
sebagai Person in Charge untuk aktiviti "Bersamamu",
aku rasa tercungap cungap jugak..
step nk jemput datuk dzulkifli,
dengan PA dia yg mcm2 kerenah...
nk deal ngn org kampung untuk pilih rumah termiskin..
mintak tolong unit penajaan carikan penajaan untuk bagi org2 miskin tu..
mintak tolong unit peralatan untuk carikan perabot terpakai dari utm untuk sedekah kan kepada orang2 miskin..

tipulah klau air mata x turun sepanjang preparation n program...
kena maki hamun, marah ngn orang atasan perkara biasa...
datuk pulak suka hati cancel xnak datang pagi, nak datang petang..
ape dia bajet org susun schedule ikot dia ja ka...

baru aku tau, siapa yang ikhlas menymbang n sapa yang ada udang di sebalik batu..
politik lah katakan..
time2 cenggini nk promote diri..
haissshhhh...